Friday, 21 October 2011

7 sebab anda salah memilih pasangan

Posted by Fairy Angel at 17:01
Annyeong Haseyo!


Mira pasti mesti dah ramai antara korang yang pernah bercinta..mesti korang terfikir dan tertanya tanya,kenapa la boleh kenal ngan laki or pempuan macam tu..tape jangan menyesal,let by gone be by gone!yang pasti korang kena mara ke hadapan dan lebih berhati2 ketika korang nak pilih pasangan..so apa sebab sebab yang mungkin korang da tersalah pilih pasangan?


  • Dicabar
 Rata rata budaya cabar mencabar ni memang banyak berlaku di alam persekolahan dan juga di universiti terutamanya oleh kaum lelaki..yela,kaum laki memang pantang dicabar!sebagai contoh,terdapat batch junior baru masuk dan member2 korang pula mencabar anda untuk memikat hati   perempuan tersebut dlm tempoh tertentu dan sebagai ganjaran korang akan dapat wang tunai hasil pertaruhan member2..tapi ketika korang dalam tempoh untuk memikat,pasti serba sedikit korang akan menjadi peneman dan pendengar segala masalah dia..nah,waktu ni mst da timbul rasa tak sampai hati untuk lukakan hati dia kan?lain la kalau korang mmg jenis heartless!last last korang still teruskan hubungan sampai la sekarang..segelintir dapat mencintai setulus hati namun ramai juga yg terpaksa

  • Bercinta hanya di alam maya
 Sekarang nak cari pasangan melalui alam maya memang sgt senang..just cakap nak kenal,tukar num telefon,luah masalah dan tiba2 sahaja korang dah pun declare as couple..yang lagi teruk,korang tak pernah tengok muka pasangan anda,tak pernah jumpa dan tak tahu lebih details tentang dia..dikhuatiri anda ditipu kerana dia mungkin suami orang,ayah orang tak pun datuk orang!perwatakan di alam maya selau nya nampak manis..mira tak cakap cari pasangan di alam maya itu salah,but be careful guys..ramai je yang dah terkena!


  • Untuk melupakan bekas kekasih 
Mira yakin ramai yang pernah berada dalam situasi ni di mana korang baru lepas clash dan begitu susah korang nak lupa pada ex korang sebab da banyak kenangan bersama nya..lalu korang decide untuk segera mencari pengganti dengan tujuan untuk lupakan bekas kekasih..namun bila sudah ada pengganti dan korang dah pun lupakan ex,korang ingin putuskan hubungan dengan pengganti baru..namun semua itu ternyata lebih sukar apabila pengganti baru benar benar mencintai anda..bagi sesetengah orang,mereka boleh belajar mencintai pengganti tapi selalunya tidak akan bertahan lama kerana hati tidak betul betul ikhlas terhadap hubungan tersebut

  • Terhutang budi
 Honestly,mira pernah berada di situasi ini..yela bila orang selalu tolong kita,lama lama termakan budi..akhirnya korang terus bertahan kerana tidak mahu melukakan hatinya..sekiranya hati tak ikhlas mencintai,nasihat mira jangan la rasa terhutang budi sangat..kalau rasa bersalah juga sebab dia da banyak tolong kita,berikan dia apa2 gift sebagai tanda menghargai segala pertolongan yang da diberikan..namun sekiranya si dia ikhlas menolong,tak akan timbul persoalan terhutang budi.malahan dia tidak sekali kali akan mengungkit nya semula..itu nama nya tolong ada makna!tolong untuk mengikat hati anda terus pada dia

  • Sunyi
 Pernah tak korang rasa sunyi walaupun sudah mempunyai kekasih?yela apabila si dia sibuk memanjang dan tak dapat meluangkan banyak masa,korang mula rasa sunyi dan mencari yang lain..yee ini nama nya sudah curang!pasti akhirnya akan tiba masa anda terpaksa menjaga hati kedua dua pihak..nak putus dengan kekasih pertama,tak sanggup sebab sayang sangat kat dia tapi nak putus dengan sorang lagi pun rasa tak sanggup untuk melukakan hati nya..itu kalau yang  sudah ada kekasih..namun ada juga yg mencari pasangan sewaktu single dan pasangan yang dicari hanya untuk mengisi kekosongan semata mata..trust me,hubungan pasti tak akan kekal lama

  • Simpati atau kasihan
 Yang ini adalah antara sebab paling tinggi bahawa anda sudah tersalah pilih pasangan..ramai yang terpaksa menerima seseorang kerana kesungguhan si dia  menagih cinta anda..yang lebih teruk,apabila dia mengugut untuk membunuh diri sekira nya korang tidak mau terima atau ingin tinggalkan nya..percaya la,si dia tidak lah bodoh untuk bunuh diri semata mata korang..apa yg dia inginkan adalah simpati dari anda..kalau benar dia betul betul bunuh diri demi korang,dia adalah seorang yang sangat loser..come on,banyak lagi masalah dalam dunia ni..tak kan semua nak setel ngan bunuh diri seperti orang tiada agama?nampak sangat dia bukan la calon pasangan yang sesuai untuk dijadikan teman hidup..lagipun cinta sebenar tak perlu simpati,tapi perlu ikhlas!

  • Tiada pilihan lain
 Ada di antara kita yang berada dalam situasi di mana dia terdesak ingin mecari pasangan dan waktu itu hanya ada si polan A yang sudi menemani nya ketika susah dan senang..si A pula sudah lama menaruh hati..meski pun si A bukan la taste korang,tapi korang rasa hanya dia yang terbaik untuk korang..lagi teruk korang tergesa gesa decide untuk segera berkahwin..namun setelah berkahwin,tiba tiba di tempat kerja anda terjumpa pula si polan B yang benar benar menepati taste anda dan jauh lebih baik dari si A..waktu itu pasti sudah timbul rasa menyesal kerana tergesa gesa memilih pasangan sebagai teman hidup



Sebenar nya semua ini bergantung pada niat dan keikhlasan korang juga..kalau cari pasangan sekadar untuk suka suka,memang hubungan tidak akan kekal lama..tapi kalau dengan niat untuk berakhir di jinjang pelamin.hopefully tips2 di atas membantu korang dalam memilih pasangan hidup yang baik :)


 cari yang ikhlas mencintai dan dicintai :)


see?if truly love each other,insyaallah you will happy for the rest of your life!


 yes be careful before terima cinta from seseorang..yang penting apa?IKHLAS :)


insyaallah he is the right one i choose :)



Sekian saja dari pari2 xofficial ni,smile always :)
 

Wink-Wink Mira's Here :) Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal